aku adalah insan biasa2 yg sntiasa mencari rahmat,redha serta kasih syg ILAHI untuk aku bisa menjadi INSAN LUAR BIASA..
Followers
Saturday 13 April 2013
tunggu aku shbt..
"akq! ada kopok x?"tnye ija & ummu...
"ada..amik la dlm beg uh." kata ku smbil menunjuk kan jari ke arah beg yg dimaksudkan...
"ok kaq..thanks..lapar la pagi2 ni, rehat t kita byr.." kata ummu..
ntah knape ak teringat akan dialog diatas tatkala melihat tarikh hari ni 13/4..tarikh 13/4/12 adalah tarikh yg xmungkin ak lupa smpai bila2...kerana tarikh ini genap lah setahun ko tinggalkan ak..walaupun ko just junior ku di sekolah...keakraban kita xseberapa ttp kerana sebuah ukhuwah yg berpaksikan keimanan pd Nya..ak turut sedih dgn apa yg berlaku...
masih ku ingat lg...
13/4/12..lebih kurang pukul 3 lebih ak dikejutkan dgn berita yg sukar utk ak trima...berderau darah ku tatkala membaca mesej ttg mu shbt.."alfatihah buat pelajar ting5 ummu nabilah yg maut dlm kemalangan dgn lori sebentar td"..
"Ya Allah! xmungkin..aku baru jmpe dia..xmungkin dia tgglkan ak.." hati kecil ku berkata..
utk kepastian,ak gagahkan jari jemari ku utk menaip mesej bertnyakan ttg kebenaran berita tersebut..jwpn yg diterima membuatkan hati ku remuk..." ya,..ummu da xde..baru je sebentar td"..itulah jwpn dr guru ku...
air mata ku mula menitis.."Ya Allah,kenapa cepat sgt dia pergi..!"..
tanpa fikir pnjg ak terus ke rumah arwah..tp hampa..jenazah arwah akn dibawa ke kampung nya di rantau..& jenazah arwah masih di forensik...ak segera bergegas ke forensik..di forensik..shbt meminta ak masuk utk melihat arwah buat terakhir kali..namun...ak xberdaya..ak hanya mampu lihat sekujur tubuh jasad yg sudah kaku tidak b'nyawa...ak terus kuatkan semangat utk iringinya buat kali terakhir ke kereta jenazah...shbt ak merindui mu..masih ingt lg ak bilamana kali terakhir kita bertemu, motor ko rosak..ak dan shbt2 tlg start motor ko tp motor ko tetap x leh gerak..itulah kali terakhir ak jmpe n tlg ko..Allah lebih menyanyagi mu shbt..& ak bersyukur sgt dpt mengenali mu wlu hanya seketika..trima kasih Allah. atas kurnian ukhuwah ini..shbt ku ummu nabila..tunggu ak di syurga ya...alfatihah buat mu ummu nabila ...
ini adlah berita kemalangan arwah yg tersiar di akbar..
Buku sekolah bantu bapa saudara cam mangsa nahas
HAMIZAH BASIR
14 April 2012
SEREMBAN - Seorang pelajar maut dalam perjalanan pulang ke rumah selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan persimpangan lampu isyarat Simpang Jelebu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Ummu Nabilah Abdul Rashid, 17, yang juga pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Agama (SMA) Datuk Kelana Petra Makmur, Ampangan, baru selesai sesi persekolahan.
Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Ampangan bergesel dengan lori yang membawa muatan batu lalu terjatuh atas jalan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Bapa saudara, Azhar Manap berkata, dia tidak menyangka mangsa yang terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah itu adalah anak saudaranya.
“Saya pelik apabila jalan sesak teruk sebelum melihat sebuah motosikal yang seolah-olah pernah dilihat sebelum ini. Hati terdetik untuk segera berhenti apabila mengecam motosikal arwah.
"Saya kemudian memeriksa nama tertera pada buku pelajaran dibawanya dan disahkan bahawa arwah sememangnya adalah anak saudara saya,” katanya kepada Sinar Harian di bilik mayat Hospital Tuanku Ja’afar.
Menurutnya, ketika kejadian, dia baru selesai menunaikan solat Jumaat di Paroi dan menuju ke rumah di sekitar Labu di sini.
“Anak saudara saya tinggal bersama keluarganya di sekitar Senawang. Arwah anak yang baik dan agak pendiam,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, motosikal mangsa bergesel dengan lori dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an, lalu terjatuh dan digilis tayar kenderaanterbabit.
“Punca sebenar masih disiasat dan keterangan pemandu lori terbabit sudah diambil bagi membantu siasatan.
“Saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Ahmad Khairi Roslan menerusi talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)