Mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


$entry.content.caption.value
SEREMBAN - Seorang pelajar maut dalam perjalanan pulang ke rumah selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan persimpangan lampu isyarat Simpang Jelebu, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Ummu Nabilah Abdul Rashid, 17, yang juga pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Agama (SMA) Datuk Kelana Petra Makmur, Ampangan, baru selesai sesi persekolahan.



Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Ampangan bergesel dengan lori yang membawa muatan batu lalu terjatuh atas jalan.



Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Bapa saudara, Azhar Manap berkata, dia tidak menyangka mangsa yang terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah itu adalah anak saudaranya.


“Saya pelik apabila jalan sesak teruk sebelum melihat sebuah motosikal yang seolah-olah pernah dilihat sebelum ini. Hati terdetik untuk segera berhenti apabila mengecam motosikal arwah.

"Saya kemudian memeriksa nama tertera pada buku pelajaran dibawanya dan disahkan bahawa arwah sememangnya adalah anak saudara saya,” katanya kepada Sinar Harian di bilik mayat Hospital Tuanku Ja’afar.
Menurutnya, ketika kejadian, dia baru selesai menunaikan solat Jumaat di Paroi dan menuju ke rumah di sekitar Labu di sini.


“Anak saudara saya tinggal bersama keluarganya di sekitar Senawang. Arwah anak yang baik dan agak pendiam,” katanya.



Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, motosikal mangsa bergesel dengan lori dipandu lelaki berusia lingku­ngan 30-an, lalu terjatuh dan digilis tayar kenderaanterbabit.



“Punca sebenar masih disiasat dan keterangan pemandu lori terbabit sudah diambil bagi membantu siasatan.