Followers

Friday, 8 March 2013



Sahabat , Maafkan Aku


Sahabat .
ini adalah realiti
realiti kehidupan kita
realiti perjalanan hidup kita
dan
realiti sebuah persahabatan kita

Sahabat
andainya aku melupai mu
tolong ingatkan aku agar aku mengingatimu
andai aku menyakitimu
tolong ingatkan aku bahawa aku sudah menyedihkanmu
andai aku membuat kau menangis
tolong beritahu aku
agar aku dapat menangis bersama
agar aku dapat merasa
betapa peritnya sebuah perjalanan
yang kau lalui

Sahabat
tolonglah maafkan aku
walau apa yang aku lakukan
mungkin itu tidak sengaja
maafkan aku wahai sahabat
andainya aku pergi dahulu
aku tidak membawa beban dosaku
menyakitimu
membuatmu menangis
membuatmu sakit

dan ingatlah
aku tetap memaafkanmu
walau apa jua kau buat kepadaku
:)

Thursday, 21 February 2013

sahabat sejati



Assalamualaikum,

Mampukah kita menjadi seorang sahabat yang di gelar sahabat sejati?



Ukhuwah itu indah jika terjalin kerana Allah.

Ingatlah firman Allah SWT:


“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” Surah Az-Zukhruf ayat 67.

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut” :



  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. 
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :

SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :

“SAHABAT”




Diolah dan dipetik dari Pakarcinta.

Sunday, 13 January 2013

RASA BERSALAH

rasa bersalah sangat dengan kwn clas...mana tak nya aku dah janji ngan dorg nk stdy kat libry n nak cari bahan untuk PBS pada hari sabtu(12 januari)..tapi aku terpaksa cancel last minit sbb aku perlu bantu sifu aku berprogram di SMRA ULU JEMPOL..aku dpt taw last minit bila izz msj tnya pegi prog x? aku ckp x pgi cz da jnji ngan kwn2 untuk stdy kt libry..p izz ckp sifu perlu sorang fasi pompuan untuk prog tu..hmmm..pe lg.. dilema aku dibuatnya..nk pegi libry atau bantu sifu..hmmm..akhirnya aku buat keputusan yg agak berat bantu sifu berprogram..sbb aku rasakan aku perlu ada di tmpt prog..sbb klu peserta pompuan ada mslh yg dorang segan nk cter kt org lelaki cm ne???so mmg patut ada sorg fasi pompuan..dengan berat hati aku msj naim, bgtaw yang aku xdpt g libry..mmg ak rasa bersalah sgt2 sbb ak yg ajak dorang g stdy at libry TP aku plak yg xdpt pegi...akq minx maaf sgt100x kt korang
...akq minx maaf bangat sama kalian...hope kte dpt stdy kt libry ya nanti... :(

KAMI SAHABAT SEJATI!!





ukhuwah yang terbina berpaksikan keimanan pd Nya , membuatkan ukhuwah kita kekal utuh..ukhuwah yg terbina di clas pra- u adalah ukhuwah yg amat bermakna buat ku..aku juga tdk mengetahui apakah yg menjdkn ukhuwah diantara kalian adalah ukhuwah yg istimewa buat ku..apakah keistimewaan ukhuwah ini???? moga aku bisa mencari jwpn bg persoalan itu.....apa yg penting adalah,..ak syg bangat sama ukhuwah yg terbina ini..
Ya Allah,
berikanlah kami kekuatan,
kekuatan untuk bisa menempuh kehidupan yang mendatang,
tabahkan hati kami disaat mengharungi ujian Mu,

Ya Allah,

satukan lah hati2 kami dlm menggapai redha Mu,
berilah kami kesabaran
dalam menempuh ujian persahabatan

Ya Allah,

berikanlah kami kemudahan dlm menuntut ilmu,
berikanlah kami kejayaan atas apa yang kami usahakan
berikan kami kejayaan kpd kami dlm STPM

Ya Allah,

jdkanlah ukhuwah kami,
ukhuwah yang berpaksikan keimanan pd Mu
jadknlah ukhuwah ini kekal
hingga ke syurga Mu...
AMINNN.....






Saturday, 12 January 2013


Kerna Aku Juga Sepertimu

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Surah az-Zukhruf, ayat 67)
Teman,
Aku bukan sahabat sebaik yang kau sangka,
Aku bukan sahabat yang mampu berdiri sendiri untuk menasihati kamu,
Aku juga bukan sahabat yang selalu teguh imannya,
Malah, aku juga bukan sahabat yang selalu bersih hatinya.
Kerna,
Aku juga remaja sepertimu, sahabat,
Di saat gelora cinta dunia membuak-buak...
Kerna,
Aku juga manusia, sahabat,
Yang selalu ada naik turun imannya.
Kerna,
aku juga insan, sahabat,
Yang selalu lupa saat diri dibuai cinta dunia.
Kerna,
Kalian tidak tahu keadaan hatiku ini,
Sekiranya kalian tahu,
Mungkin kalian akan berasa jijik dengan hatiku yang penuh dosa ini.
Memang benar,
Diri ini selalu menasihati kalian,
Diri ini selalu mengingatkan kalian...
Tetapi,
Adakah kalian tahu,
Segala nasihat yang aku berikan itu,
Bertujuan untuk mengingatkan diri ini jua,
Bertujuan agar bila aku lupa,
Kalian bisa mengingatkan aku kembali.
Untuk mengingatkan agar diingatkan,
Bukankah itu tujuan sebenar kita bersahabat?
Untuk kita saling ingat mengingati?
Atas dasar iman dan taqwa?
Aku tidak mahu di Hari Akhirat nanti,
Kita berbalah dan menjadi musuh,
Kerana tidak mengingatkan antara satu sama lain.
Aku juga perlu bimbingan, wahai sahabat.
Aku juga perlu dinasihati, wahai sahabat.
Hilal Asyraf berkata, "Kalau benar bersahabat biar berpimpin tangan merentas Syurga, bukan menjadi pengkhianat melempar sahabat ke neraka. Maka, jadilah pelindung yang melindungi sahabatnya daripada azab Neraka."
Err, sudikah kiranya sudi berpimpin tangan denganku ...menuju Jannah-Nya?